Dari PK, Untuk Semua PK

Pakguard.online diasaskan oleh Encik H — seorang yang tidak boleh dinamakan kerana masih bertugas sebagai Ketua Pengawal Keselamatan di sebuah agensi kerajaan, dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan hebat yang berkongsi semangat juang yang sama.

Encik H dengan pengalaman sebagai editor dan wartawan selama lebih dua dekad, pernah menemu bual pelbagai tokoh, menulis untuk beberapa penerbitan serta menguruskan portal berita dalam talian. Kini, semua pengalaman itu dibawa masuk ke dalam satu platform yang dibina khusus untuk komuniti pengawal keselamatan Malaysia.

Idea mudah je — tiada siapa yang bercakap untuk PK. Jadi kami mulakan sendiri.


Siapa yang di sebalik laman ini?

Pengasas: Encik H — Ketua Pengawal, bekas editor & wartawan

Pasukan: Sekumpulan sukarelawan yang prihatin terhadap industri keselamatan, dari pangkat biasa sehingga pangkat tertinggi

Misi: Beri suara, kongsi ilmu, bina komuniti sesama PK Malaysia

Bermula: April 2026 — Dibangunkan dari bawah, untuk orang bawah


Kenapa kami buat ini?

Berita tentang industri keselamatan memang ada. Tapi artikel yang bercakap kepada pengawal keselamatan — tentang hak mereka, cabaran harian mereka, kisah-kisah mereka yang tidak pernah didengari — hampir tiada.

Sebagai seseorang yang pernah bekerja di lapangan kewartawanan selama bertahun-tahun, Encik H tahu betul bagaimana caranya sesebuah cerita perlu diceritakan. Dan sebagai seorang pengawal keselamatan sendiri hari ini, beliau tahu betul cerita apa yang perlu diceritakan.

“Motto saya mudah — jadilah yang terbaik, dan bantu orang lain dalam apa jua cara yang boleh. Tiada siapa yang ditinggalkan. Kejayaan itu usaha bersama.”


Apa yang anda akan jumpa di sini?

Berita dan artikel terkini industri keselamatan, temu bual dengan pengawal keselamatan dari seluruh Malaysia, ruangan soal jawab untuk persoalan harian anda, dan juga sebuah novel bersiri yang anda akan rasa seperti ia adalah kisah hidup anda sendiri.

Ini bukan media besar. Kami tak ada bajet atau pejabat. Kami cuma ada pengalaman, semangat, dan rasa tanggungjawab terhadap komuniti ini.

Ada cerita nak dikongsi atau soalan nak ditanya? Hubungi kami di 010 200 2085 atau klik menu Hubungi Kami di atas.

Kerana setiap pengawal keselamatan layak untuk didengar.